Assalamualaikum..
Lempeng kelapa ataupun lebih mesra panggilannya iaitu lempeng
nyo(hahhhaaa…dikalangan orang teganu & kelantan) memang sedap
dimakan..huuuuih..lebih sedap kalau dimakan dengan kari ikan (orang teganu
memang suka makan ikan la..). Ada yang makan dengan gula..maksud uMMi cicah
gula saja-saja..bukan air gula tau..
Bahan
1 cawan kelapa muda
1 cawan air kelapa muda [jika ada]
2 cawan tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 biji telur [pukulkan]
1/2 s/k garam
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air suam
1 s/b gula
majerin untuk sapukan pada non-stik pan
Cara
1. Gaulkan rata semua bahan. Buatkan agak cair. Sekiranya pekat sangat, boleh tambahkan sikit air.
2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan sedikit majerin.
3. Letakkan 1 senduk adunan dan tutupkan pan dengan tudung [buatkan bentuk kecil..nampak comel]
4. Masakkan dgn gunakan api paling minumum.
5. Terbalikkan pancake dan bila nampak telah kuning keemasan boleh diangkat.
6. Hidangkan dengan gulai ayam/daging atau madu/jem/susu.
✿◕ ‿ ◕✿uMMi memang suke la makan lempeng nyo ni..encik suami pon suke jugek..marbeles!!

No comments:
Post a Comment