Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni, keadaan
sekeliling uMMi membuatkan uMMi berasa sungguh sedih dan sayu
sekali..ish3x..dugaan sungguh..semoga Allah mempermudahkan uMMi dalam semua
urusan..Ameen..
Tetiba uMMi terdengar nasyid
yang didendangkan oleh Kumpulan Hijjaz.. Kau
Sahabat Kau Teman.. terus uMMi teringat pada sahabat uMMi yang telah
kembali ke Rahmatullah iaitu Halimaton Saadiah.. uMMi panggil die maton je.. die
terlibat dengan kemalangan last year.. hmm.. kami berkawan sejak form one.. banyak memori uMMi lalui
bersama dia..pahit manis.. sama-sama.. ala.. zaman-zaman duk hostel dulu..tapi masa
form four.. die tukar sekolah..tapi kami masih contact..kebetulan rumah maton
dekat dengan rumah mak saudara uMMi di AMBS..org teganu tau la..hehehhe..orang
luar pon tau gak la..( i'm not
underestimating an outsider ok..^_^) ok2x..cuba hayati lirik nasyid ni..sedih
sungguh..menitis air mata uMMi setiap kali mendengarnya..
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
✿◕ ‿ ◕✿ semoga rohNya sentiasa dicucuri rahmat..Al-Fatihah
Tak semua kawan mampu menjadi sahabat... :)
ReplyDelete