Assalamualaikum.. Salam Jumaat!!
Renungan harini, kita akan merasa tenang apabila memaafkan org
lain, seperti yang berlaku pada Umar bin abdul Aziz r.a, mujaddid pertama dalam
Islam. Beliau minta daripada khadamnya agar membawa air minuman. Tiba2 air yang
dibawa telah tertumpah ke atas Umar, menyebabkannya basah, beliau merasa marah,
tapi didamaikan bila khadam itu membacakan ayat ke 134 surah Ali Imran, yang
bermaksud :.."dan orang yang menahan marahnya..Umar bertanya kepadanya, kemudian
katakan lagi! Dia membaca rangkap berikutnya, dalam ayat yang sama: Dan orang
yg memaafkan. Umar bertanya lagi: Kemudian? Dia jawab rangkap berikutnya, Dan
Allah amat menyayangi org yang bersifat ihsan.. Umar berkata : Kamu dibebaskan!
Lihat peribadi unggul ini
bersikap pemaaf walaupun dia layak mengambil tindakan kepada hambanya itu, tapi
dia lebih senang beramal dgn panduan Nabi saw yg bermaksud : Bukanlah kekuatan
di kira dengan kekuatan, tapi apabila dia mampu bertahan waktu ianya marah !
From FB Ustaz kegemaran uMMi
✿◕ ‿ ◕✿ uMMi berharap kita dapat bersabar ketika marah..lagi-lagi dengan orang yang kita sayang..banyakkan istighfar..nasihat ni untuk diri uMMi jugak..
✿◕ ‿ ◕✿ uMMi berharap kita dapat bersabar ketika marah..lagi-lagi dengan orang yang kita sayang..banyakkan istighfar..nasihat ni untuk diri uMMi jugak..
tq ummi. nice sharing
ReplyDelete