Pages

Sahabat uMMi

23 January 2013

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW.



Assalamualaikum..
kita selalu menyebut aku cinta rasul..tapi cuba kita tanya dengan diri sendiri..diri kita ni kenal tak siapa rasul kita..siapa ahli keluarga rasul kita..jika ada yang bertanya tentang nama-nama isteri rasul kita..bolehkah kita menjawab dengan terang dan lancar??nama anak isteri artis2 kita boleh ingat..mengapa tidak nama anak isteri Rasulullah SAW..marilah kita hisab diri kita..
ingatan buat diri uMMi dah semua..

ok2x..as for this entry..uMMi nak share nama isteri2 Rasulullah SAW..
 
Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri ke-2: Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ke-3: Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri ke-4: Hafsah binti Umar.
 Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri ke-5: Zainab binti Khuzaimah.
 Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri ke-6: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ke-7: Zainab binti Jahsy.
 Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri ke-8: Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri ke-9: Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

credit to : i am a muslim


✿◕ ◕✿hari ni belajar & mengingati nama isteri rasul..esok2 kita belajar yang lain pulok. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...