Pages

Sahabat uMMi

12 March 2013

Persaingan adik-beradik


Assalamualaikum..

uMMi suka untuk berkongsi dengan semua berkenaan dengan petua jagaan si manja iaitu persaingan adik-beradik. Ini adalah perkara biasa di kalangan anak yang jarak umurnya kurang dari 3 tahun. Anak yang lebih tua biasanya berpuas hati dengan adik baru. Tapi bila si adik dah besar sikit dan mula dapat lebih perhatian atau mengambil mainan si abang/kakak,perasaan marah atau cemburu menyebabkan perkelahian di antara adik-beradik.

Berikut adalah beberapa cara untuk mendamaikan mereka:

Luangkan masa khas bersama-sama setiap anak secara individu. Perhatian parent yang tidak berbelah bahagi  dapat meyakinkan mereka betapa istimewanya mereka walaupun parent menunjukkan kasih sayang dengan cara berlainan

Tunjukkan yang anda memahami perasaan setiap anak. Sebagai contoh: beritahunya “ uMMi tahu abang marah bila adik rosakkan mainan tetapi adik tidak bermaksud begitu dan uMMi pasti dia menyesal atas perbuatannya.

Peka pada ego anak. Jika parent ingin memuji si adik, berbuatlah demikian tanpa kehadiran abang atau kakak atau jika mereka bersama,pujilah mereka juga. Nasihatkan ahli keluarga yang lain untuk lakukan perkara sama.

Fahami keupayaan anak yang lebih tua. Adalah mustahil anak yang lebih tua untuk besikap lebih sabar, bertanggungjawab dan murah hati pada tahap umur ini.

Berkongsi. Biarkan anak yang lebih tua memilih mainan yang ingin dia kongsi dengan adiknya. Beri pujian bila dia mahu berkongsi dan yakinkannya bahawa ia tidak salah jika mahu menyimpan beberapa mainan kegemarannya untuk dirinya sendiri. 




sharing is caring..ke arah keluarga yang sakinah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...