❣❣..Assalamualaikum.. ❣❣
uMMi
suka untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua..
artikel
yang uMMi baca dari wall FB kawan uMMi..
Tips-tips
ini disampaikan oleh Dr Fadzilah Kamsah...
1.
Pasang niat dan
berdoa untuk menjadi Suami terbaik. Tanpa
berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi Suami yang cemerlang. Ramai Suami terlupa.
2.
2.
Bersyukur kerana
mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah
pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang
terbaik.
3.
3.
Suami mithali menjadi
kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya
diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4.
4.
Setiap hari pulang
dengan senyum dan bersemangat. Apabila Suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat
Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5.
5.
Pastikan anda ada
masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan Suami . Berapa minit yang
anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6.
6.
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa
seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7.
7.
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan Suami isteri.
8.
8.
Pastikan anda
bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai Suami membazir masa
dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9.
9.
Amalkan makan
bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan
ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara
yang melalaikan semasa makan.
10.
10.
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama
adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan Suami isteri.
11.
11.
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan
beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12.
12.
Amalkan mesyuarat
keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan
hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13.
13.
Pastikan penampilan
anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai Suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana
adil ?
14.
14.
Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan
tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap
tak serupa bikin.
15.
15.
Berikan nafkah
kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan Suami . Ramai Suami mengabaikan nafkah
kerana isteri bekerja. Ramai Suami yang kedekut dan
berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16.
16.
Jadikan penawar
hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan
situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17.
17.
Sentiasa taat
kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18.
18.
Suami mithali sentiasa
menyimpan rahsia isteri. Ramai Suami secara sengaja
ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain.
Ini wajib dihentikan.
19.
19.
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada Suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada Suami yang memusuhi
keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20.
20.
Bentuk sifat cemburu
yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu
adalah dayus. Isteri amat suka apabila Suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21.
21.
Jadilah Suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki Suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya
rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22.
22.
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan
sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila Suami kasar, isteri jadi takut,
bingung, hiba dan memberontak.
23.
23.
Gunakan Nabi
Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama
rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24.
24.
Mendahulukan
keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai Suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25.
25.
Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon
ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga Suami meninggal dunia.
26.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga Suami meninggal dunia.
26.
Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,
penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan
takwa.
27.
27.
Sentiasa berubah
secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah
diri dulu. Apabila Suami berubah, keluarga
akan turut berubah. Apabila Suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28.
28.
Pamer keprihatian yang tinggi terhadap
keluarga. Ramai Suami tidak ambil kisah
dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan
kepada keluarga.
29.
29.
Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang
matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap
menyelesaikan masalah.
30.
30.
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap Suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.
31.
31.
Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih
dalam diri Suami. Nabi Muhammad
amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada
lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32.
32.
Mahir dalam
menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap
mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian
yang optimum.
33.
33.
Membaiki diri
secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang
taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik,
pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34.
34.
Jadi contoh atau
model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat
dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat
dicontohi oleh ahli keluarga ?
35.
35.
Jadikan diri anda
pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan
belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka
baik terhadap keluarga.
36.
36.
Tingkatkan ilmu
berkenaan agama. Lazimnya, Suami yang mendidik
keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan
keluarga.
37.
37.
Sentiasa menegakkan
kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan
kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran
dengan hikmah.
38.
38.
Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut
situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan
memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39.
39.
Latih diri memuji
dan menghargai isteri. Ramai Suami yang pandai kritik
tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa
memuji.
40.
40.
Cari peluang untuk
bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut,
sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian
dan memberi hadiah.
41.
41.
Fahami yang isteri ingin selalu di sisi Suami. Suami pula berjauhan
dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel
unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42.
42.
Bentuk kerjasama
yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat
kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual,
tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43.
43.
Nilai diri daripada
kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha
keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, Suami akan bertambah
bahagia.
44.
44.
Apabila Suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat
kesannya.
45.
45.
Suami wajar belajar jadi mengikut setia.
Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan
bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46.
46.
Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila
Suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,Suami mesti senyap. Ini mengelakkan
daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47.
47.
Latih gerak batin anda supaya serasi dengan
gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan,
maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48.
48.
Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat
sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu
bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49.
49.
Seimbangkan hidup
dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan
kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga
di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di
dalam rumah serupa.
50.
50.
Urus stress dengan
sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan
merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di
akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
uMMi harap kawan2 semua dapat apply tips ni dalam rumah tangga
masing2..jangan apply kat rumah tangga org lain plak..ekekkek..
“Ke Arah Hidup Yang Lebih Sempurna”
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

No comments:
Post a Comment