Pages

Sahabat uMMi

22 March 2013

Medela Swing Maxi



wow!! teruja betul uMMi bila dapat tau Medela Swing Maxi dah ada kat pasaran..medela swing maxi ni boleh tandem pump..hmmm..does it mean my M.Swing boleh upgrade jadi double pump?..macam boleh je..seronoknye..i'm looking for it.. jimat masa uMMi untuk pam susu lepas ni..

for further info, click here
Semoga rezeki Syakir bertambah meriah..^_^

Karibu seat


alhamdulillah tak sia-sia beli karibu seat ni..uMMi & abah beli masa umur Syamil 8 bulan..kiranya dah setahun lebih dah usia kerusi ni berkhidmat..sekarang giliran Syakir pulak untuk menggunakannya..bukan apa..senang nak manage Syakir time makan..xde la tumpah sana sini..

harga karibu seat ni lagi murah dari bumbo seat..RM 139 kalau xsilap..kira ok la..tapi make sure baby x ditinggalkan sorang-sorang time guna seat ni..ye la..malang x berbau kan..anything can happen..

tengok tu..muka happy sungguh..lagi-lagi bila makanan dah ade depan mata..Syakir2x..

21 March 2013

Bubur roti anggur




Bahan-bahan:

·         Roti 2 keping
·         Buah anggur 10 biji- dibuang bijinya
·         Air-secukupnya

Cara membuatnya:
Blend bahan2 di atas dan hidangkan.

bimbang sungguh bila anak demam kan..selera makan xde..lagi la risau kan..last week syakir demam..xnak makan..aduyai..ape nak buat ni..hmm uMMi try la buat bubur roti anggur..masa yang diambil x sampai 15 minit pon.. Alhamdulillah berselera skit Syakir makan..


20 March 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

19 March 2013

Air Kelapa


Air kelapa adalah antara minuman semula jadi yang paling berkhasiat. Air kelapa digambarkan oleh pengkaji seperti berikut:




~1~
" Coconut water is one of the best natural drinks Mother Nature has packed for us within the kernel of coconut; this natural water is not only tasteful refreshing drink but can be considered as one of the best natural health drinks from herbal world."
 

~2~

Air kelapa menyegarkan minda dan menyejukkan badan terutamanya pada hari yang panas terik. Komposisi yang unik di dalamnya membekalkan oksigen dan nutrisi ke dalam badan dan membuatkan kita rasa segar dan lebih bertenaga setelah meminumnya.



~3~

Sekiranya air kelapa diambil secara berterusan, ia boleh membantu mengawal berat badan dan komposisi air kelapa mampu meningkatkan sistem imunisasi badan secara semulajadi.



~4~

Ada masalah pedih ulu hati? Cubalah minum air kelapa. air kelapa kaya dengan fiber dan membantu proses penghadaman. minumlah air kelapa selepas makan.air kelapa juga amat baik buat ibu mengandung.

~5~
Ada masalah cacing? Air kelapa boleh merawat masalah cacing secara semula jadi. 


Petikan majalah "MAMA SAYA LAPAR" oleh Wardina Safiyya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...